Wednesday, June 10, 2009

TIPS PENJAGAAN KENDERAAN:

Tips Jaga Kereta:

1. Pastikan tayar cukup angin dan tiada benda pelik melekat di mana-mana bahagian tayar.

2. Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin melalui pada kadar RPM yang normal. Sebelum hidupkan enjin, on suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum enjin hidup terutama anda yang memakai satria GTI. Pastikan lampu engine check padam sebelum enjin dihiudpkan. Setelah enjin hidup, jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas dan kemudian jalan sedikit ke depan dan tekan brek lagi. Jika kenderaan anda berhenti, barulah anda teruskan perjalanan.

3. Seminggu sekali disarankan, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Buka bonet enjin, buka penutup betri dan periksa air betri. Pastikan ia berada pada aras minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin). Pastikan minyaknya mencukupi. Kemudian cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk kancil, jarum berada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau enjin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lap minyak di jarum itu kemudian masukkan semula ke temapatnya. Bilang sampai lima, cabut dan lihat sama ada minyak berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau di bawah dari minimum, masukkan sedikit minyak enjin. Untuk anda yang menggunakan kereta auto, cari jarun yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box).

4. Di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan.


5. Setiap 5,000 km hantarlah kereta anda untuk ditukar minyak enjin (jika menggunakan minyak biasa). Tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak enjin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang menggunakan petnam atau contact point, suruh mekanik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak enjin dan tukar contact point itu setiap 9 kali tukar minyak enjin.


6. Setiap 2 atau 3 minggu, vakum kereta anda, terutam kusyen kereta. Anda boleh lakukannya sendiri untuk lebih jimat daripada menghantar kereta ke carwash.


Tips Mengenai Aircond:


Sistem aircond kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu, gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator, condenser yang akan menyejukkan gas tersebut.

Ada beberapa masalah yang biasanya timbul akibat kerosakan aircond:

1. Angin panas atau aircond tidak sejuk. Perkara ini terjadi kerna beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircond dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircond (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas). Sekiranya terdapat buih, maknanya gas masih ada. Jadi keroasakan bukan disebabkan kebocoran.

Pasangkan aircond dan perhatikan kipas di depan radiator condenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak, maknanya kipas tersebut rosak dan perlu ditukar. Sekiranya kipas bergerak dan pergerakannya tidak laju, kipas itu juga perlu ditukar.

Dalam kes lain, sekiranya kipas bergerak laju tetapi aircond masih tidak sejuk. Caranya, biar aircond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircond. Sekiranya terdapat bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas dari compressor ke cooling coil elok, tapi aircond masih tidak sejuk. Besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukan gas ke cooling coil itu tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap, cooling coil perlu dibuka dan gas perlu dibuang dan dicadangkan buat servis aircond sekaligus.

2. Aircond tidak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircond diservis. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircond dikawal oleh satu suis on dan off secara automatic. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircond lebih lama on.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika aircond tidak sejuk. Perkara ini berlaku kerana sius yang mengawal on dan off aircond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hingga menghalang pengaliran gas keluar. Berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (hingga tiada lagi ais di papi gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maknanya injap atau suis aircond anda perlu ditukar.


4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan oleh perkara 3 di atas.

5. Angin aircond berbau busuk. Ia berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam system saluran angin aircond kereta atau aircond itu terlalu lama tidak diservis hingga menyebabkan semua habuk dan basah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Keluar asap putih ketika aircond on. Asap putih itu sebenarnya adalah kotoran dan wap air yang terjadi kerana terlalu sejuk. Sebabnya juga di perkara 3.

7. Corong keluar angin aircond berminyak. Jika itu berlaku maknanya cooling coil telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircond akan panas.


Dicadangkan agar aircond diservis setiap setahun setengah hingga dua tahun. Untuk perjalanan jauh highway, jangan laraskan themostat pada suhu paling sejuk kerana ini merosakkan injap cooling coil. Bagi kereta buatan Malaysia, jangan bermain dengan thermostat kerana ia cukup sensitif dan kos membaiki juga agak mahal.

Foto Oleh : Azman Jumat & Vicky Matanjang (PENERANGAN)

0 comments:

Post a Comment