Bersempena dengan gagasan "1 Malaysia" ni, apa kata kamurang saaaaaaaaaaaamua yang dari Sabah, kita dari Sarawak dan kawan-kawan di Semenanjung tu....bah, mari kita sama-sama undi untuk Pulau Sipadan sebagai 7 Keajaiban Dunia.
Sipadan yang telah dicalon untuk bersaing dengan 30 pencalonan lain bagi kategori pulau, memerlukan lebih banyak undi untuk layak disenaraikan sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru.
Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun, Sipadan berada pada kedudukan ke-14 dalam kategori projek 7 Keajaiban Dunia yang baru, selepas melonjak daripada tangga ketujuh. Sipadan perlu meningkat tiga lagi anak tangga untuk layak ke pusingan awal dan seterusnya.
Caranya mudah saja! Para pengundi hanya memerlukan alamat email yang sah untuk mengundi melalui www.new7wonders.com. Tarikh akhir mengundi ialah 07 Julai 2009. Ini semua untuk kebaikan bersama, untuk sektor pelancongan negara. Jadi, apa tunggu lagi? Mari kita undi Sipadan!!!

0 comments:
Post a Comment