Monday, July 6, 2009

SEPAKAT BESTARI BANDAR RAYA 2009



KOTA KINABALU: Lebih 1000 orang pengunjung membanjiri Padang Kg Warisan, Inanam sempena program Sepakat Bestari Peringkat Bandar Raya 2009 yang diadakan selama dua hari, baru-baru ini.

Selain persembahan PENTARAMA, pameran produk Komuniti BESTARI, pameran Jabatan dan Agensi Kerajaan serta program ‘In-House’ Sabah FM dan Sabah VFM, Jabatan Penerangan Negeri Sabah kali ini mengadakan pameran automobil dan ‘sound blast’ yang nyata berjaya menggegarkan Padang Kg Warisan dan menarik perhatian pengunjung khususnya golongan belia dan peminat automobil.

Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan, Dr Arbi Cole yang ditemui media berkata sebanyak 12 buah kereta dilibatkan dalam ‘sound blast’ termasuk dua buah kereta yang dipamerkan dengan gaya aksesori dan modifikasi yang berinovasi tinggi.

Ia merupakan kombinasi tiga buah kelab yang aktif di negeri ini iaitu Sabal Local Automotive Club (Sioloon), Belia Gabungan Anak Tempatan (B!GAT) dan Info Motorsport Club (IMC) sebagai koordinator pameran automobil ini./PENERANGAN

KOMBINASI...Anggota-anggota IMC, B!GAT dan Sioolon bergabung membentuk satu platform bagi mengajak golongan belia agar terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang sihat, berfaedah dan bermaklumat.

Teks/ Editor : Zuraidah Ahmad
Foto : Vicky Matanjang
Powered By Blogger