Tuesday, August 25, 2009

Salam Satu Malaysia!

Nampaknya pada bulan Ogos tahun ni, kita khususnya di Malaysia ini sangat bertuah sebab dapat meraikan dua peristiwa yang cukup bermakna sekaligus-Ramadhan dan juga Ulang tahun Kemerdekaan Yang ke-52.

Seluruh anggota IMC mengguncapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa kepada muslimin dan muslimat. Semoga di bulan yang yang penuh keberkatan ini dapat menyucikan hati kita di samping dapat mengukuhkan ukhuwah sesama insan. Bersederhanalah dan jangan membazir.

Kepada para anggota yang belum mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan tu, masih belum terlambat sebenarnya.Walau di mana jua anda berada, sama-sama kita semarakkan semangat Cinta Negara. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Monday, July 6, 2009

SEPAKAT BESTARI BANDAR RAYA 2009



KOTA KINABALU: Lebih 1000 orang pengunjung membanjiri Padang Kg Warisan, Inanam sempena program Sepakat Bestari Peringkat Bandar Raya 2009 yang diadakan selama dua hari, baru-baru ini.

Selain persembahan PENTARAMA, pameran produk Komuniti BESTARI, pameran Jabatan dan Agensi Kerajaan serta program ‘In-House’ Sabah FM dan Sabah VFM, Jabatan Penerangan Negeri Sabah kali ini mengadakan pameran automobil dan ‘sound blast’ yang nyata berjaya menggegarkan Padang Kg Warisan dan menarik perhatian pengunjung khususnya golongan belia dan peminat automobil.

Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan, Dr Arbi Cole yang ditemui media berkata sebanyak 12 buah kereta dilibatkan dalam ‘sound blast’ termasuk dua buah kereta yang dipamerkan dengan gaya aksesori dan modifikasi yang berinovasi tinggi.

Ia merupakan kombinasi tiga buah kelab yang aktif di negeri ini iaitu Sabal Local Automotive Club (Sioloon), Belia Gabungan Anak Tempatan (B!GAT) dan Info Motorsport Club (IMC) sebagai koordinator pameran automobil ini./PENERANGAN

KOMBINASI...Anggota-anggota IMC, B!GAT dan Sioolon bergabung membentuk satu platform bagi mengajak golongan belia agar terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang sihat, berfaedah dan bermaklumat.

Teks/ Editor : Zuraidah Ahmad
Foto : Vicky Matanjang

Thursday, June 18, 2009

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA

SEKALUNG BUDI untuk semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Kempen Keselamatan Jalan Raya (Acara Pertukaran Topi Keledar) & Kunjungan Hormat Kepada Pembantu Menteri Pemabagunan Infrastruktur, Datuk Japlin Haji Akim yang berlangsung semalam.

TERIMA KASIH kepada semua anggota West Coast Scooter Society (WCSS) yang kami datangkan khas untuk bergabung tenaga dengan IMC menjayakan program pertukaran topi keledar anjuran DBKK dan JKJR Sabah. Dengan kerjasama sebegini dapat melebarkan lagi jaringan interaksi IMC dengan kelab/persatuan yang lain. Matlamat kita SATU iaitu membentuk golongan belia yang berinformasi dan cinta pada negara!

FOTO SEKITAR PROGRAM...


C jabhadi sama C Jai angkat mineral water!(kiri)
Fuyooo...C Jack & Jabhadi busy mengatur O! (kanan)




Geng WCSS bersiap sedia tunggu giliran helmet durang ditukar. Perhatikan si baju biru putih tu!







Cuba cari apa beza foto kanan dan kiri ni?;-)
Selesai acara barulah lega. Ni barisan orang kuat IMC ni, jangan main-main!



Lepas sesi kunjungan hormat di pejabatnya, Datuk ajak kami makaaaaaaaaaan! TERIMA KASIH lah. Datuk ni memang pemurah, selalu bantu program Jabatan Penerangan!



Datuk Japlin bagi pihak IMC menyampaikan Sijil Penghargaan kepada wakil WCSS yang membantu IMC memenuhi kouta peserta program tukar topi keledar anjuran DBKK, semalam.


Foto Oleh: Jeffrin Malaning (PENERANGAN)


Saturday, June 13, 2009

EL NINO, JEREBU DAN IPU

FENOMENA EL NINO

Jabatan Meteorologi, Kementerian Sanis Teknologi dan Inovasi Malaysia mengesahkan bahawa cuaca panas dan kering yang melanda sekarang akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga September nanti. Ini disebabkan negara sedang berdepan dengan fenomena El Nino mulai Ogos ini.

Sehubungan itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas memberi amaran kepada semua pihak agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka atau terpaksa berdepan dengan kompaun dan tindakan undang-undang.

JEREBU

Jerebu ialah fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka, asap kenderaan, asap dari kilang dan sebagainya. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh itu, keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:-
NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 -100 Sederhana
101-200 Tidak Sihat
201-300 Sangat Tidak Sihat
301-500 Berbahaya
Jerebu Mengancam Kesihatan Anda
Jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk terutama golongan yang berisiko tinggi seperti berikut:
-kanak,kanak
-orang tua
-perokok
-mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru kronik,
-jantung,
-alahan
-Dan mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Hubung Kait El Nino, Jerebu dan IPU:
Tinjauan setakat 13 Jun 2009 mendapati negara kita yang kini berdepan dengan cuaca panas sebagai transisi kepada El Nino meletakkan beberapa buah bandar utama pada suhu tertinggi iaitu 35'C. Antaranya ialah Shah ALam, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Putrajaya. Daripada laman http://www.met.gov.my/, kedapatan kebanyakan bandar contohnya di Kota Kinabalu, Seremban, Kuching, Alor Setar, Kangar dan Bintulu pula di tahap suhu 34'C.
Ditambah dengan keadaan jerebu yang melanda di beberapa tempat di Semananjung Malaysia sama ada disumbangkan oleh pembakaran terbuka, asap kilang dan asap kenderaan, catatan IPU yang tertera di http://www.doe.gov.my/ hari ini menunjukkan kawasan sekitar Lembah Klang indeks IPUnya berada di tahap 94. Beberapa hari lalu, kawasan ini merupakan kawasan yang teruk terjejas dan pernah mencapai tahap tidak sihat berikutan aktiviti industri dan faktor geografinya.
Oleh itu, elakkan kejadian pembakaran terbuka di tempat kita masing-masing, kurangkan aktiviti di luar bangunan dan minumlah lebih banyak air untuk menjaga kesihatan.

INFLUENZA A (H1N1)

Apakakah Influenza A H1N1?
Merupakan penyakit respiratori akut disebabkan oleh virus influenza A 'sub-type' H1N1.

Apakah Tanda dan Gejala:
Demam (melebihi 38 C)
Batuk
Sakit tekak
Susah bernafas
Sakit-sakit badan
Badan berasa sejuk dan lesu
Kurang selera makan
Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah-muntah.


Adakah vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan virus ini?
Tiada! Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus ini.

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada jangkitan Influenza H1N1?
Penyebaran virus Influenza A H1N1 boleh disekat melalui langkah-langkah berikut:-

Jika anda batuk atau bersin:
-Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan.
-Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah.
-Basuh tangan dengan sabun dan air bersih.

Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.

Cuba elakkan berhubung langsung dengan pesakit Influenza H1N1.

Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) jika ada orang yang disyaki dijangkiti Influenza H1N1 di tempat kerja anda.

Jika anda sakit kerana selesma, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak mengjangkiti mereka.

Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza H1N1
.

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
di talian 0388810200/ 0388810300 atau
e-mail ke cprc@moh.gov.my
ATAU
Bilik Gerakan CPRC
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
di talian 088-219455
atau Pejabat Kesihatan Kawasan yang terdekat

Wednesday, June 10, 2009

KITA BERKONGSI JALAN RAYA

8 PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA (PEMANDU KENDERAAN)

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

MENCELA ATAU SAYANGKAN NYAWA? (PENUNGGANG MOTORSIKAL)

Perbuatan bertukar-tukar lorong dan memotong keluar masuk trafik disifatkan sebagai mencelah-celah.

Membawa motosikal secara mencelah-celah amat merbahaya, Malah pemandu motosikal profesional tidak mengesyorkan perangai sebegini di jalan raya.

Keadaan di jalan raya yang tidak menentu, serta tindakan pengguna jalan raya yang lain tidak boleh diramal memang menambah lagi bahaya perbuatan mencelah-celah ini.

Ingat: motosikal anda hanya diimbangkan atas sepasang roda, dan maka itu amat mudah tumbang. Sebiji batu, lopak bertakung, malah keadaan jalan yang berminyak pun boleh menyebabkan anda hilang kawalan.

Perbuatan mencelah-celah tidak akan membawa anda ke tempat yang dituju dengan lebih cepat. Malahan ia membahayakan orang lain. Bersabarlah. Jangan asyik bertukar-tukar lorong.

NASIHATILAH ANAK ANDA (PEJALAN KAKI)

Wahai orang dewasa, ibubapa, abang-abang dan kakak-kakak - adik-adik kita perlukan perlindungan anda.

Seseorang kanak-kanak melintas jalan hampir tidak boleh dilihat oleh para pemandu. Makin kecil kanak-kanak itu, makin sukar untuk diperhatikan ketika di jalan raya.

Jangan sekali-kali membiarkan anak kecil melintas jalan seorang diri. Perasaan takut mungkin menyebabkan mereka berlari lintang pukang melintas jalan.

Sesebuah kereta yang hanya bergerak pada kelajuan 30 km/jam pun mungkin tidak sempat berhenti. Jadi pimpinlah tangan kanak-kanak dan bantu mereka melintas jalan raya.

Tindakan mudah itu mungkin dapat mengelakkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa seseorang kanak-kanak yang tidak berdosa.


Sumber: www.panducermat.org.my

CUACA HARI INI

Musim cuti sekolah datang lagi. Waktu ini anak-anaklah yang paling gembira. Golongan ibu bapa juga ada yang sanggup mengambil cuti untuk meluangkan masa cuti bersama keluarga dengan melancong, mengunjungi tempat-tempat peranginan misalnya ataupun balik kampung. Namun, perlu diingat dalam merancang perjalanan, faktor cuaca juga mesti diambil perhatian.

Untuk itu, kami bekalkan anda dengan sedikit info berkaitan cuaca. Mudah saja, cuma klik pautan berikut kemudian pilih saja lokasi yang anda mahukan. Hanya dalam beberapa saat, info cuaca untuk 7 hari akan tertera di skrin anda. Tidak percaya, cubalah dulu bah!

Kami mengucapkan selamat bercuti dan pandulah dengan berhemah.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
Powered By Blogger