Saturday, June 13, 2009

EL NINO, JEREBU DAN IPU

FENOMENA EL NINO

Jabatan Meteorologi, Kementerian Sanis Teknologi dan Inovasi Malaysia mengesahkan bahawa cuaca panas dan kering yang melanda sekarang akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga September nanti. Ini disebabkan negara sedang berdepan dengan fenomena El Nino mulai Ogos ini.

Sehubungan itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas memberi amaran kepada semua pihak agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka atau terpaksa berdepan dengan kompaun dan tindakan undang-undang.

JEREBU

Jerebu ialah fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka, asap kenderaan, asap dari kilang dan sebagainya. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh itu, keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:-
NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 -100 Sederhana
101-200 Tidak Sihat
201-300 Sangat Tidak Sihat
301-500 Berbahaya
Jerebu Mengancam Kesihatan Anda
Jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk terutama golongan yang berisiko tinggi seperti berikut:
-kanak,kanak
-orang tua
-perokok
-mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru kronik,
-jantung,
-alahan
-Dan mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Hubung Kait El Nino, Jerebu dan IPU:
Tinjauan setakat 13 Jun 2009 mendapati negara kita yang kini berdepan dengan cuaca panas sebagai transisi kepada El Nino meletakkan beberapa buah bandar utama pada suhu tertinggi iaitu 35'C. Antaranya ialah Shah ALam, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Putrajaya. Daripada laman http://www.met.gov.my/, kedapatan kebanyakan bandar contohnya di Kota Kinabalu, Seremban, Kuching, Alor Setar, Kangar dan Bintulu pula di tahap suhu 34'C.
Ditambah dengan keadaan jerebu yang melanda di beberapa tempat di Semananjung Malaysia sama ada disumbangkan oleh pembakaran terbuka, asap kilang dan asap kenderaan, catatan IPU yang tertera di http://www.doe.gov.my/ hari ini menunjukkan kawasan sekitar Lembah Klang indeks IPUnya berada di tahap 94. Beberapa hari lalu, kawasan ini merupakan kawasan yang teruk terjejas dan pernah mencapai tahap tidak sihat berikutan aktiviti industri dan faktor geografinya.
Oleh itu, elakkan kejadian pembakaran terbuka di tempat kita masing-masing, kurangkan aktiviti di luar bangunan dan minumlah lebih banyak air untuk menjaga kesihatan.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger