Wednesday, June 10, 2009

KITA BERKONGSI JALAN RAYA

8 PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA (PEMANDU KENDERAAN)

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

MENCELA ATAU SAYANGKAN NYAWA? (PENUNGGANG MOTORSIKAL)

Perbuatan bertukar-tukar lorong dan memotong keluar masuk trafik disifatkan sebagai mencelah-celah.

Membawa motosikal secara mencelah-celah amat merbahaya, Malah pemandu motosikal profesional tidak mengesyorkan perangai sebegini di jalan raya.

Keadaan di jalan raya yang tidak menentu, serta tindakan pengguna jalan raya yang lain tidak boleh diramal memang menambah lagi bahaya perbuatan mencelah-celah ini.

Ingat: motosikal anda hanya diimbangkan atas sepasang roda, dan maka itu amat mudah tumbang. Sebiji batu, lopak bertakung, malah keadaan jalan yang berminyak pun boleh menyebabkan anda hilang kawalan.

Perbuatan mencelah-celah tidak akan membawa anda ke tempat yang dituju dengan lebih cepat. Malahan ia membahayakan orang lain. Bersabarlah. Jangan asyik bertukar-tukar lorong.

NASIHATILAH ANAK ANDA (PEJALAN KAKI)

Wahai orang dewasa, ibubapa, abang-abang dan kakak-kakak - adik-adik kita perlukan perlindungan anda.

Seseorang kanak-kanak melintas jalan hampir tidak boleh dilihat oleh para pemandu. Makin kecil kanak-kanak itu, makin sukar untuk diperhatikan ketika di jalan raya.

Jangan sekali-kali membiarkan anak kecil melintas jalan seorang diri. Perasaan takut mungkin menyebabkan mereka berlari lintang pukang melintas jalan.

Sesebuah kereta yang hanya bergerak pada kelajuan 30 km/jam pun mungkin tidak sempat berhenti. Jadi pimpinlah tangan kanak-kanak dan bantu mereka melintas jalan raya.

Tindakan mudah itu mungkin dapat mengelakkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa seseorang kanak-kanak yang tidak berdosa.


Sumber: www.panducermat.org.my

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger