Tuesday, August 25, 2009
Salam Satu Malaysia!
Seluruh anggota IMC mengguncapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa kepada muslimin dan muslimat. Semoga di bulan yang yang penuh keberkatan ini dapat menyucikan hati kita di samping dapat mengukuhkan ukhuwah sesama insan. Bersederhanalah dan jangan membazir.
Kepada para anggota yang belum mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan tu, masih belum terlambat sebenarnya.Walau di mana jua anda berada, sama-sama kita semarakkan semangat Cinta Negara. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Monday, July 6, 2009
SEPAKAT BESTARI BANDAR RAYA 2009
KOTA KINABALU: Lebih 1000 orang pengunjung membanjiri Padang Kg Warisan, Inanam sempena program Sepakat Bestari Peringkat Bandar Raya 2009 yang diadakan selama dua hari, baru-baru ini.
Selain persembahan PENTARAMA, pameran produk Komuniti BESTARI, pameran Jabatan dan Agensi Kerajaan serta program ‘In-House’ Sabah FM dan Sabah VFM, Jabatan Penerangan Negeri Sabah kali ini mengadakan pameran automobil dan ‘sound blast’ yang nyata berjaya menggegarkan Padang Kg Warisan dan menarik perhatian pengunjung khususnya golongan belia dan peminat automobil.
Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan, Dr Arbi Cole yang ditemui media berkata sebanyak 12 buah kereta dilibatkan dalam ‘sound blast’ termasuk dua buah kereta yang dipamerkan dengan gaya aksesori dan modifikasi yang berinovasi tinggi.
Ia merupakan kombinasi tiga buah kelab yang aktif di negeri ini iaitu Sabal Local Automotive Club (Sioloon), Belia Gabungan Anak Tempatan (B!GAT) dan Info Motorsport Club (IMC) sebagai koordinator pameran automobil ini./PENERANGAN
KOMBINASI...Anggota-anggota IMC, B!GAT dan Sioolon bergabung membentuk satu platform bagi mengajak golongan belia agar terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang sihat, berfaedah dan bermaklumat.
Teks/ Editor : Zuraidah Ahmad
Foto : Vicky Matanjang
Thursday, June 18, 2009
KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA
TERIMA KASIH kepada semua anggota West Coast Scooter Society (WCSS) yang kami datangkan khas untuk bergabung tenaga dengan IMC menjayakan program pertukaran topi keledar anjuran DBKK dan JKJR Sabah. Dengan kerjasama sebegini dapat melebarkan lagi jaringan interaksi IMC dengan kelab/persatuan yang lain. Matlamat kita SATU iaitu membentuk golongan belia yang berinformasi dan cinta pada negara!
FOTO SEKITAR PROGRAM...
C jabhadi sama C Jai angkat mineral water!(kiri)
Fuyooo...C Jack & Jabhadi busy mengatur O! (kanan)
Geng WCSS bersiap sedia tunggu giliran helmet durang ditukar. Perhatikan si baju biru putih tu!
Selesai acara barulah lega. Ni barisan orang kuat IMC ni, jangan main-main!
Lepas sesi kunjungan hormat di pejabatnya, Datuk ajak kami makaaaaaaaaaan! TERIMA KASIH lah. Datuk ni memang pemurah, selalu bantu program Jabatan Penerangan!
Datuk Japlin bagi pihak IMC menyampaikan Sijil Penghargaan kepada wakil WCSS yang membantu IMC memenuhi kouta peserta program tukar topi keledar anjuran DBKK, semalam.
Foto Oleh: Jeffrin Malaning (PENERANGAN)
Saturday, June 13, 2009
EL NINO, JEREBU DAN IPU
JEREBU
NILAI IPU STATUS
Jerebu Mengancam Kesihatan Anda
Hubung Kait El Nino, Jerebu dan IPU:
INFLUENZA A (H1N1)
Merupakan penyakit respiratori akut disebabkan oleh virus influenza A 'sub-type' H1N1.
Apakah Tanda dan Gejala:
Demam (melebihi 38 C)
Batuk
Sakit tekak
Susah bernafas
Sakit-sakit badan
Badan berasa sejuk dan lesu
Kurang selera makan
Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah-muntah.
Adakah vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan virus ini?
Tiada! Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus ini.
Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada jangkitan Influenza H1N1?
Penyebaran virus Influenza A H1N1 boleh disekat melalui langkah-langkah berikut:-
Jika anda batuk atau bersin:
-Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan.
-Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah.
-Basuh tangan dengan sabun dan air bersih.
Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.
Cuba elakkan berhubung langsung dengan pesakit Influenza H1N1.
Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) jika ada orang yang disyaki dijangkiti Influenza H1N1 di tempat kerja anda.
Jika anda sakit kerana selesma, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak mengjangkiti mereka.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza H1N1.
Wednesday, June 10, 2009
KITA BERKONGSI JALAN RAYA
1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
MENCELA ATAU SAYANGKAN NYAWA? (PENUNGGANG MOTORSIKAL)
Perbuatan bertukar-tukar lorong dan memotong keluar masuk trafik disifatkan sebagai mencelah-celah.
Membawa motosikal secara mencelah-celah amat merbahaya, Malah pemandu motosikal profesional tidak mengesyorkan perangai sebegini di jalan raya.
Keadaan di jalan raya yang tidak menentu, serta tindakan pengguna jalan raya yang lain tidak boleh diramal memang menambah lagi bahaya perbuatan mencelah-celah ini.
Ingat: motosikal anda hanya diimbangkan atas sepasang roda, dan maka itu amat mudah tumbang. Sebiji batu, lopak bertakung, malah keadaan jalan yang berminyak pun boleh menyebabkan anda hilang kawalan.
Perbuatan mencelah-celah tidak akan membawa anda ke tempat yang dituju dengan lebih cepat. Malahan ia membahayakan orang lain. Bersabarlah. Jangan asyik bertukar-tukar lorong.
NASIHATILAH ANAK ANDA (PEJALAN KAKI)
Wahai orang dewasa, ibubapa, abang-abang dan kakak-kakak - adik-adik kita perlukan perlindungan anda.
Seseorang kanak-kanak melintas jalan hampir tidak boleh dilihat oleh para pemandu. Makin kecil kanak-kanak itu, makin sukar untuk diperhatikan ketika di jalan raya.
Jangan sekali-kali membiarkan anak kecil melintas jalan seorang diri. Perasaan takut mungkin menyebabkan mereka berlari lintang pukang melintas jalan.
Sesebuah kereta yang hanya bergerak pada kelajuan 30 km/jam pun mungkin tidak sempat berhenti. Jadi pimpinlah tangan kanak-kanak dan bantu mereka melintas jalan raya.
Tindakan mudah itu mungkin dapat mengelakkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa seseorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
Sumber: www.panducermat.org.my
CUACA HARI INI
TIPS PENJAGAAN KENDERAAN:
1. Pastikan tayar cukup angin dan tiada benda pelik melekat di mana-mana bahagian tayar.
4. Di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan.
5. Setiap 5,000 km hantarlah kereta anda untuk ditukar minyak enjin (jika menggunakan minyak biasa). Tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak enjin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang menggunakan petnam atau contact point, suruh mekanik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak enjin dan tukar contact point itu setiap 9 kali tukar minyak enjin.
6. Setiap 2 atau 3 minggu, vakum kereta anda, terutam kusyen kereta. Anda boleh lakukannya sendiri untuk lebih jimat daripada menghantar kereta ke carwash.
Tips Mengenai Aircond:
Sistem aircond kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu, gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator, condenser yang akan menyejukkan gas tersebut.
Ada beberapa masalah yang biasanya timbul akibat kerosakan aircond:
1. Angin panas atau aircond tidak sejuk. Perkara ini terjadi kerna beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircond dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircond (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas). Sekiranya terdapat buih, maknanya gas masih ada. Jadi keroasakan bukan disebabkan kebocoran.
Pasangkan aircond dan perhatikan kipas di depan radiator condenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak, maknanya kipas tersebut rosak dan perlu ditukar. Sekiranya kipas bergerak dan pergerakannya tidak laju, kipas itu juga perlu ditukar.
Dalam kes lain, sekiranya kipas bergerak laju tetapi aircond masih tidak sejuk. Caranya, biar aircond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircond. Sekiranya terdapat bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas dari compressor ke cooling coil elok, tapi aircond masih tidak sejuk. Besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukan gas ke cooling coil itu tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap, cooling coil perlu dibuka dan gas perlu dibuang dan dicadangkan buat servis aircond sekaligus.
2. Aircond tidak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircond diservis. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircond dikawal oleh satu suis on dan off secara automatic. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircond lebih lama on.
3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika aircond tidak sejuk. Perkara ini berlaku kerana sius yang mengawal on dan off aircond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hingga menghalang pengaliran gas keluar. Berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (hingga tiada lagi ais di papi gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maknanya injap atau suis aircond anda perlu ditukar.
4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan oleh perkara 3 di atas.
5. Angin aircond berbau busuk. Ia berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam system saluran angin aircond kereta atau aircond itu terlalu lama tidak diservis hingga menyebabkan semua habuk dan basah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.
6. Keluar asap putih ketika aircond on. Asap putih itu sebenarnya adalah kotoran dan wap air yang terjadi kerana terlalu sejuk. Sebabnya juga di perkara 3.
7. Corong keluar angin aircond berminyak. Jika itu berlaku maknanya cooling coil telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircond akan panas.
Dicadangkan agar aircond diservis setiap setahun setengah hingga dua tahun. Untuk perjalanan jauh highway, jangan laraskan themostat pada suhu paling sejuk kerana ini merosakkan injap cooling coil. Bagi kereta buatan Malaysia, jangan bermain dengan thermostat kerana ia cukup sensitif dan kos membaiki juga agak mahal.
Foto Oleh : Azman Jumat & Vicky Matanjang (PENERANGAN)
SEMAKAN SAMAN!
Taip SAMAN (no.kenderaan atau no.kad pengenalan atau no.syarikat) dan hantar ke 32232.
Contoh: SAMAN SA2902R hantar ke 32232
Semakan Saman Melalui SMS DAPAT
Taip POLIS SAMAN (no. kenderaan atau no. kad pengenalan) dan hantar ke DAPAT/ 32728.
Contoh: POLIS SAMAN 790207-12-xxxx hantar ke DAPAT/32728
Monday, June 8, 2009
MARI UNDI UNTUK SIPADAN!
Friday, June 5, 2009
LAPORAN AKTIVITI IMC 2008
2. AUTO SHOW & AUTO PART (ANJURAN SMALLCARLIFE.COM, PASAR MALAM INANAM & DIGI)
3. AUTO SHOW & AUTO PART (ANJURAN SAMLLCARLIFE.COM)
4. KARNIVAL GEGAR 2008-AUTO SHOW & AUTO SOUND (ANJURAN GABUNGAN BELIA TEMPATAN & PERSATUAN BOLA SEPAK AMATUR [SAFA] TUARAN)
5. MAJLIS JALINAN MESRA DI BAWAH BAYU (ANJURAN PUSPANITA JABATAN PENERANGAN NEGERI SABAH)
6. MESYUARAT IMC BIL.1/2008
7. DAMAI AUTO SALOON-CELCOM AUTO SOUND & CHALLENGE
8. MAKAN MALAM BERSAMA Y.B. JAPLIN HAJI AKIM
9. MADDERS WAY -OUT 2008: MEMBAKUT (ANJURAN SABAH AUTOMOBILE CLUB [SABOMEC] DAN SMALLCARLIFE CLUB)
10. ESCORT KEPADA VIP PENTARAMA DI PAPAR
11. KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH DAN PENTAMRAMA
12. ESCORT MAJLIS PERNIKAHAN AHLI PARLIMEN PAPAR
13. MESYUARAT IMC-KERPENS BIL.2/2008
14. LAST SOUND BLASTER 2008 (anjuran Sioloon Club)
15. GEGAR FUTSAL 2008
Thursday, May 28, 2009
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU 'SATU MALAYSIA'
Syarat-syarat Pertandingan dan Borang Penyertaan boleh didapati dengan melayari:
http://www.penerangan.gov.my/ ; http://penerangan.kpkk.gov.my/ ataupun http://www.okestrartm.gov.my/
Penyertaan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:
Penerbit,
Pertandingan Mencipta Lagu '1 Malaysia',
Bahagian Perkhidmatan Muzik,
Tingkat 1, Bangunan Rentak 50,
Angkasapuri
50614 Kuala Lumpur
Tel: 03-22887855 Faksimili: 03-22826805
Tarikh tutup: 15 Jun 2009
KEMENTERIAN PENERANGAN BERWASPADA BLOG TONJOL ISU KOMUNISME
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pihaknya boleh bertindak mengikut garis panduan undang-undang komunikasi dan multimedia atas alasan blog berkenaan cuba menggembar-gembur dan memperdaya masyarakat ke arah komunisme.
"Kita bertindak di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia tetapi kita suka untuk memberi amaran kepada mereka. Proses itu sedang kita laksanakan sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) kali kedua di Angkasapuri hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan yang tidak membenarkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke negara ini.
Ketika mengumumkan keputusan itu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kepulangan Chin Peng jika dibenarkan hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada anggota keluarga mereka yang terkorban semasa era Darurat antara 1948 dan 1960.
Rais berkata generasi muda perlu memahami sejarah komunisme dan perlu didedahkan secara meluas mengenai kedurjanaan komunis di negara ini pada suatu ketika dulu.
Katanya melalui mata pelajaran sejarah, pelajar di sekolah serta institusi pengajian tinggi tidak didedahkan secara meluas dan mereka hanya mengetahui isu komunism secara asasnya sahaja.
"Walaupun generasi muda mempunyai idealisme yang tinggi dalam hal-hal tertentu, soal kenegaraan kita penting, soal keluarga dan sejarah kita penting," katanya.
Kementerian juga, katanya mengambil langkah untuk mengadakan pameran mengenai koleksi kedurjanaan komunis di Muzium Negara dalam masa terdekat.
Beliau berkata semua agensi dan jabatan lain di bawah kementerian akan digesa supaya mengambil bahagian bagi membantu mendedahkan kekejaman komunis yang telah membunuh beribu-ribu rakyat Tanah Melayu pada ketika itu.
Sumber: BERNAMA