Saturday, June 13, 2009

INFLUENZA A (H1N1)

Apakakah Influenza A H1N1?
Merupakan penyakit respiratori akut disebabkan oleh virus influenza A 'sub-type' H1N1.

Apakah Tanda dan Gejala:
Demam (melebihi 38 C)
Batuk
Sakit tekak
Susah bernafas
Sakit-sakit badan
Badan berasa sejuk dan lesu
Kurang selera makan
Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah-muntah.


Adakah vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan virus ini?
Tiada! Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus ini.

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada jangkitan Influenza H1N1?
Penyebaran virus Influenza A H1N1 boleh disekat melalui langkah-langkah berikut:-

Jika anda batuk atau bersin:
-Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan.
-Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah.
-Basuh tangan dengan sabun dan air bersih.

Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.

Cuba elakkan berhubung langsung dengan pesakit Influenza H1N1.

Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) jika ada orang yang disyaki dijangkiti Influenza H1N1 di tempat kerja anda.

Jika anda sakit kerana selesma, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak mengjangkiti mereka.

Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza H1N1
.

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
di talian 0388810200/ 0388810300 atau
e-mail ke cprc@moh.gov.my
ATAU
Bilik Gerakan CPRC
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
di talian 088-219455
atau Pejabat Kesihatan Kawasan yang terdekat

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger